Saturday, March 6, 2010

Cara Mengelak Dari Tergagap Ketika Berucap ~


Pelajar kita sering segan@malu ingin kan bertanya sesuatu ketika pembelajaran… Bagaimanakah kita ingin menyakin diri kita?
Apabila kita membuat pembentangan di depan, dalam sesuatu subjek B.I@B.A… bagaimana nak mengelakkan kita tergagap?

Daripada: B.A.

Assalamualaikum. B.A., terima kasih kerana menghantar mesej dan soalan ini kepada saya. Seringkali juga saya terima soalan ini apabila saya kendalikan program SmartStudy dan Presentation Skills untuk pelajar di peringkat kolej dan universiti.

Pertama tentang keyakinan diri untuk bertanya. Menurut pengalaman dan pemerhatian saya, ada beberapa sebab pelajar malu dan tidak yakin bertanya. Antaranya

1) Tidak bersedia. Maksudnya, semasa di dalam kelas atau kuliah, pelajar ini tidak ada apa-apa persediaan langsung atau mungkin juga tidak membaca apa yang disuruh oleh pensyarah. Akibatnya, bimbang jika soalan menampakkan dengan jelas yang dia tidak bersedia. Jadi, tidak yakin dan malu untuk bertanya.

2) Takut tersoal soalan bodoh. Maksudnya, bimbang soalan menunjukkan betapa bodohnya dia. Soalan mudah pun tidak tahu jawapannya. Bagi saya, takut bertanya soalan bodoh adalah satu tindakan yang terbukti bodoh. Jangan terlalu takut apa yang orang fikirkan, tanya sahaja. Tentu ada ramai juga pelajar di dalam kelas yang sama mahu tahu jawapan kepada soalan bodoh tersebut. Apabila ramai yang ingin tahu jawapan kepada soalan yang bodoh, tukang bertanya itu tentulah orang yang bijak bukan?

3) Duduk terlalu jauh di belakang dewan atau kelas. Apabila duduk dibelakang, keyakinan diri untuk bertanya semakin tercabar. Rasa malu juga semakin meningkat. Ini kerana apabila kita buka mulut dan bertanya, semua mata akan tertumpu kepada kita. Ia membuat kita rasa tidak selesa dan malu. Jadi, duduk di depan. Tidak perlu terlalu kuatkan suara dan pelajar di belakang tidak nampak muka orang yang bertanya. Jadi selesailah masalah malu kan? :)

Paling penting apabila mahu bertanya, pastikan apa yang mahu ditanya itu adalah sesuatu yang kita benar-benar mahu tahu. Jangan tanya sesuatu hanya kerana rasa ada kewajipan bagi bertanya. Jangan lupa juga, tanya dengan nada sopan dan merendah diri.

Mengenai tergagap semasa berucap, saya ingin nyatakan bahawa itu adalah perkara biasa. Penceramah professional sekalipun ada tergagap dalam proses menyampaikan sesuatu. Apa yang membuat mereka berbeza ialah mereka boleh kawal semula keadaan apabila mereka tergagap.

Panjang ceritanya bagaimana mahu mengelakkan masalah gagap ini. Namun satu tip mudah dan pantas untuk kali ini, JANGAN FIKIR TENTANG GAGAP! Fikir bagaimana mahu berucap dengan lancar. Mulai hari ini, jangan tanya soalan kepada diri sendiri “macam mana nak elak gagap?” tetapi tanya “macam mana nak berucap lebih lancar?”

Saya pernah tulis di blog ini beberapa ketika dahulu, apabila kita asyik fikirkan tentang kesilapan yang dilakukan semasa berucap, kita akan lebih cenderung untuk mengulanginya. Maksudnya, kalau kita asyik teringat tentang masalah gagap semasa berucap, kita pasti akan hadapi masalah itu semasa memberi ucapan. Jadi, fikirkan sebaliknya.

Selamat berjaya B.A. :)


Link from www.motivasibelajar.com

0 comments:

Post a Comment