Thursday, January 28, 2010

Pengalaman Menghadiri Temuduga di Rohm Wako ~




Ok kali ni saya cuma nak story sikit pasal pengalaman saya semasa menghadiri temuduga
di kilang Rohm Wako Electronics (M) Sdn. Bhd beberapa bulan yang lalu. Ketika itu saya baru saja berhenti kerja sebagai cashier di MYDIN, Kota Bharu dengan gaji yang boleh dikatakan lumayan juga. Tetapi saya terpaksa melepaskan pekerjaan tersebut di atas sebab-sebab tertentu.

Tidak lama lepas tu, saya dipanggil untuk ditemuduga. Seingat saya laa temuduga tu jatuh pada hari Jumaat. Kebetulan kawan saya pun dapat panggilan temuduga tu. Jadi kitorang pergi sama-sama. Kami datang seawal yang mungkin iaitu sebelum pukul 8 pagi. Tapi bila bertanya di pondok pengawal keselamatan, diorang suh kitorang datang pukul 8.30 pagi. Terpaksalaa kitorang tunggu dalam kereta selama setengah jam. Cuaca pada hari tu sebenarnya tidak mengizinkan kerana hujan turun agak lebat. Bila agak reda sikit, kitorang bergegas ke pondok pengawal keselamatan tu sekali lagi. Barula kitorang dibenarkan masuk. Lepas kitorang tulis nama dan ic dalam buku pelawat dan tinggalkan ic di pondok pengawal, kami diberikan pass visitor. So, barulaa leh masuk..huhuhu..

Kitorang disuruh menunggu di dewan makan Rohm Wako. Rasanya pada hari tersebut hanya 4 orang sahaja yang dipanggil untuk ditemuduga. Saya dan kawan dan 2 orang perempuan lagi. Kami menunggu dengan sabar di dalam dewan makan tu dengan perasaan seram sejuk bercampur kagum dengan suasana dewan makan tersebut. Di dinding-dinding dewan makan banyak tertampal poster-poster yang pada fikiran saya mungkin Rohm Wako banyak melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan staff-staffnya untuk mengambil bahagian. Memang baguslaa Rohm Wako ni. Lama jugak kami terpaksa menunggu. Lepas setengah jam, kami di datangi seorang staff Rohm Wako memberitahu bahawa kami terpaksa menjalani ujian matematik. Tu semua untuk melihat sejauh mana kemahiran kami dalam matematik. Kecut perut aku mendengarnya. Maklumlaa da lama sangat da tinggal Math ni. Otak pun da berkarat. Hehehe. Selama setengah jam jugak laa kami menjawab soalan matematik tu. Dan kami terpaksa mengambil setengah jam lagi untuk ditemuduga.

Giliran aku di nombor 3. Sempat jugaklaa aku menenangkan diri. Tiba giliran aku, aku perlahan-lahan mengetuk pintu bilik penemuduga.


Saya : Assalamualaikum.

Penemuduga : Wa'alaikumussalam. Apa khabar saudari (sambil meneliti nama saya di kertas soalan matematik tadi) Anis hari ini?

Saya : Alhamdulillah sihat, Encik. Terima kasih. (saya masih berdiri di hadapan beliau)

Penemuduga : Silakan duduk.

Saya : Terima kasih.. (gabraaa...)

Lelaki tersebut meneliti resume saya dan borang memohon jawatan yang telah diisi sebelum ini.

Penemuduga : Awak datang untuk memohon jawatan apa kat Rohm Wako ni?

Saya : Sebenarnya kat sini ada kekosongan di jawatan apa, Encik? Sebab saya diberitahu sebelum memohon jawatan kosong di sini, ada seorang pengawal keselamatan di sini ada memberitahu jika nak memohon jawatan lain seperti kerani ke kena sertakan resume. Senang jika ada kekosongan terus akan diisi. (haaa..saya yang tanya dia balik..kihkihkih)

Lelaki tu melihat2 resume saya lagi.

Penemuduga : Sebenarnya hari ni temuduga hanya untuk jawatan sebagai operator pengeluaran sahaja. Errmm..Kalau jawatan kerani pun.. (dia melihat lagi resume saya) BI awak lemah kan?

Saya : Ya saya. Memang saya kurang sikit BI ni. (terror betul kan saya jawab. Gerenti fail..huhuhu) Saya tak kisah mana-mana jawatan pun, Encik.

Penemuduga : Ok. Cuba awak ceritakan serba sedikit mengenai diri awak?

Saya : Baik. Nama saya bla bla bla..Berumur bla bla...Sebelum ini saya pernah bekerja di MYDIN Mohamed Kota Bharu sebagai cashier. Namun saya berhenti di atas sebab-sebab tertentu.

Penemuduga : Ooo..Jika di tengok dari resume awak ni, awak merupakan lepasan Diploma kan? Saya rasa baik awak sambung belajar dulu.

Saya : Memang niat saya ingin sambung belajar. Tetapi kerana ayah saya sakit, saya terpaksa melupakan hasrat tu buat seketika. Jadi saya membuat keputusan untuk bekerja sahaja. Jika diberi kesempatan nak juga saya sambung belajar sehingga peringkat Ijazah. Memandangkan sekarang pengalaman tu penting, saya ingin mencari pengalaman sebanyak yang boleh. Belajar tinggi-tinggi pun, kalau pengalaman takde susah nak kerja juga, Encik.

Penemuduga : Kat sini saya tak nak orang bekerja hanya nak cari pengalaman.

Saya terkedu dengan kenyataan beliau tapi masih boleh bertenang.

Penemuduga : Saya nak orang yang bekerja kat sini yang betul-betul nak kerja. Yang betul-betul miskin. Awak boleh ke kerja selama 12 jam? Mula-mula kami bagi dalam RM300 lebih. Lepas 3 bulan barula gaji tu naik sikit2. Kalau diberi peluang untuk bekerja disini, agak-agak awak selama mana awak nak bekerja disini?

Saya : Pada saya selama yang boleh laa..Setahun ke..Dua tahun ke.. (aku da malas da nak teruskan temuduga ni.. (T_T)) Nak cari pengalaman.

Penemuduga : Sekali lagi saya nak ingatkan kat sini kalau nak cari pengalaman memang kami tak ambil. Kami mahukan yang betul-betul nak kerja dan miskin.

Saya : (aku senyap jelaa..da letih bercakap dengan penemuduga tu)

Hahahaha..Bengang je rasa. Tapi takpelaa..Tu semua pengalaman. Tanpa pengalaman ditemuduga kita tak akan tahu di mana kelemahan kita. Melalui temuduga ni laa kita boleh perbaiki lagi gaya persembahan kita bila berhadapan dengan situasi temuduga. Jika dipanggil temuduga kerajaan saya sarankan anda semua tak boleh jawab sepertimana yang saya jawab tu. Gerenti anda akan direject awal-awal. (^_^)

**Catatan ni sekadar ingin berkongsi pengalaman saya dengan mereka yang mahu ditemuduga di Rohm Wako. Jika ada salah silap dalam catatan saya ini, saya memohon maaf atas keterlanjuran kata.

18 comments:

syam said...

sy pun temuduga ...tak lepas juga

faiq said...

lol... ok la tu, at least try... nxt time jgn buat lg :D.. Tips! kalao interview tny lama mane nk kerja, ckp sampai pencenla... dia bkn nk sgt kita kerja lama kat situ cuma nk tahu semangat kita kerja jer... ramai org kerja separuh jalan pastu kerja yg x siap terkapai2 org baru nk setle... x bertanggungjawab la ..... ok nice sharing....

azuin aznan said...

ssh ke soalan math dye tu???? cuak plak da lama tinggal math ni :(

Unknown said...

sy tersalah
dipanggil temuduga utk jwtn engineer padahal sy hanya tech. Alhamdulillah ditawarkan jwtn tech 1 tp terpaksa tolak sbb gaji yg ditwrkan jauh lbh rendh dr yg skrg.. agak kecewa x dpt krja di kpg halaman sndri.

Nia Gadis Bermonolog said...

brpa gaji die sbg engineer?

Aimuni Homestay Wakaf Che Yeh said...

Eng:RM2500 x msk ot
Tech: RM1400 x msk ot
Ope: RM 900 x msk ot

Unknown said...

macam mana nk apply kerja or practical kt situ.. ad link or cara mcm mana nk apply x? tq ;)

M.Putra Hazwan said...

dah apply ke?

M.Putra Hazwan said...

dah apply ke?

Unknown said...

Salam encik kerja d rohm wako ke?

Mat said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

mcm mna nk apply keje kat rohm wako...skrg kje kat bangi kilang denso..atas dasar pgalaman..agak2 brapa basic boleh bg

Unknown said...

mcm mna nk apply keje kat rohm wako...skrg kje kat bangi kilang denso..atas dasar pgalaman..agak2 brapa basic boleh bg

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kalau nak buat business income ke dua dgn modal hanya RM96.50 dan anda boleh menjual lebih 600 prouduks eg kesihatan, keperluan rumah dll jual secara online atau offline. Tak perlu buat stock. Join membership. Ada order boleh arrange products shipment dari HQ online shj. Cth product kesihatan Nutrilite Products. Nak tahu details email saya amir.ha07@gmail.com

Unknown said...

Kalau nak buat business income ke dua dgn modal hanya RM96.50 dan anda boleh menjual lebih 600 prouduks eg kesihatan, keperluan rumah dll jual secara online atau offline. Tak perlu buat stock. Join membership. Ada order boleh arrange products shipment dari HQ online shj. Cth product kesihatan Nutrilite Products. Nak tahu details email saya amir.ha07@gmail.com

Unknown said...

Kalau nak buat business income ke dua dgn modal hanya RM96.50 dan anda boleh menjual lebih 600 prouduks eg kesihatan, keperluan rumah dll jual secara online atau offline. Tak perlu buat stock. Join membership. Ada order boleh arrange products shipment dari HQ online shj. Cth product kesihatan Nutrilite Products. Nak tahu details email saya amir.ha@gmail.com

nasurinhakimu said...

Salam kak.
Kilang Rohm Wako kat PC tu ada disediakan asrama ke?

Post a Comment