Wednesday, March 17, 2010

Hari Pertama Di TATiUC ~


Waaa..ase nak nangis plak bile da tiba kat TATiUC ni..dala jauh ke pelusuk negeri Ganu..
ingatkan dekat jer..cian mak, ayah dan adik aku..maa abah maafkan anakmu ini..
satu je tekad anakmu kat sini..nak dapatkan ilmu lebih dari apa yang aku ada
dulu.. (T_T)


Friday, March 12, 2010

I wanna be somebody ~


Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I wanna be somebody

Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa

Telah ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya

Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna

Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa

Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina
Oh kerananya "I gonna be somebody.."

Saturday, March 6, 2010

Cara Mengelak Dari Tergagap Ketika Berucap ~


Pelajar kita sering segan@malu ingin kan bertanya sesuatu ketika pembelajaran… Bagaimanakah kita ingin menyakin diri kita?
Apabila kita membuat pembentangan di depan, dalam sesuatu subjek B.I@B.A… bagaimana nak mengelakkan kita tergagap?

Daripada: B.A.

Assalamualaikum. B.A., terima kasih kerana menghantar mesej dan soalan ini kepada saya. Seringkali juga saya terima soalan ini apabila saya kendalikan program SmartStudy dan Presentation Skills untuk pelajar di peringkat kolej dan universiti.

Pertama tentang keyakinan diri untuk bertanya. Menurut pengalaman dan pemerhatian saya, ada beberapa sebab pelajar malu dan tidak yakin bertanya. Antaranya

1) Tidak bersedia. Maksudnya, semasa di dalam kelas atau kuliah, pelajar ini tidak ada apa-apa persediaan langsung atau mungkin juga tidak membaca apa yang disuruh oleh pensyarah. Akibatnya, bimbang jika soalan menampakkan dengan jelas yang dia tidak bersedia. Jadi, tidak yakin dan malu untuk bertanya.

2) Takut tersoal soalan bodoh. Maksudnya, bimbang soalan menunjukkan betapa bodohnya dia. Soalan mudah pun tidak tahu jawapannya. Bagi saya, takut bertanya soalan bodoh adalah satu tindakan yang terbukti bodoh. Jangan terlalu takut apa yang orang fikirkan, tanya sahaja. Tentu ada ramai juga pelajar di dalam kelas yang sama mahu tahu jawapan kepada soalan bodoh tersebut. Apabila ramai yang ingin tahu jawapan kepada soalan yang bodoh, tukang bertanya itu tentulah orang yang bijak bukan?

3) Duduk terlalu jauh di belakang dewan atau kelas. Apabila duduk dibelakang, keyakinan diri untuk bertanya semakin tercabar. Rasa malu juga semakin meningkat. Ini kerana apabila kita buka mulut dan bertanya, semua mata akan tertumpu kepada kita. Ia membuat kita rasa tidak selesa dan malu. Jadi, duduk di depan. Tidak perlu terlalu kuatkan suara dan pelajar di belakang tidak nampak muka orang yang bertanya. Jadi selesailah masalah malu kan? :)

Paling penting apabila mahu bertanya, pastikan apa yang mahu ditanya itu adalah sesuatu yang kita benar-benar mahu tahu. Jangan tanya sesuatu hanya kerana rasa ada kewajipan bagi bertanya. Jangan lupa juga, tanya dengan nada sopan dan merendah diri.

Mengenai tergagap semasa berucap, saya ingin nyatakan bahawa itu adalah perkara biasa. Penceramah professional sekalipun ada tergagap dalam proses menyampaikan sesuatu. Apa yang membuat mereka berbeza ialah mereka boleh kawal semula keadaan apabila mereka tergagap.

Panjang ceritanya bagaimana mahu mengelakkan masalah gagap ini. Namun satu tip mudah dan pantas untuk kali ini, JANGAN FIKIR TENTANG GAGAP! Fikir bagaimana mahu berucap dengan lancar. Mulai hari ini, jangan tanya soalan kepada diri sendiri “macam mana nak elak gagap?” tetapi tanya “macam mana nak berucap lebih lancar?”

Saya pernah tulis di blog ini beberapa ketika dahulu, apabila kita asyik fikirkan tentang kesilapan yang dilakukan semasa berucap, kita akan lebih cenderung untuk mengulanginya. Maksudnya, kalau kita asyik teringat tentang masalah gagap semasa berucap, kita pasti akan hadapi masalah itu semasa memberi ucapan. Jadi, fikirkan sebaliknya.

Selamat berjaya B.A. :)


Link from www.motivasibelajar.com

Cara Mengurangkan Perasaan Malu ~

Dari posting semalam, ramai juga ingin tahu tip-tip untuk kurangkan malu. Masyarakat Malaysia sememangnya ramai sangat yang pemalu. Dari pengalaman saya tinggal di Uk lebih 10 tahun, amat jarang melihat mat salleh yang pemalu. Ini kerana sejak sekolah rendah lagi setiap pelajar dimestikan public speaking di hadapan perhimpunan.

Saya ni pemalu ke? Mungkin yang kenal saya sejak dulu, akan kata saya ni pendiam & pemalu. Macam mana pula sekarang ni tiba-tiba jadi muka tak malu pula :)

Berikut adalah beberapa tip:

Tip Malu #1
Untuk mengurangkan perasaan malu, lakukan langkah sedikit demi sedikit. Kalau tiba-tiba buat public speaking atau public appearance, memang la tak berani and rasa malu. Tetapi,
buat sedikit- sedikit, contoh, kalau dalam meeting tak pernah bersuara, paksakan diri untuk bersuara walaupun sedikit sahaja. Lama kelamaan, perasaan malu akan berkurangan sedikit demi sedikit.

Tip Malu #2
Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan orang. Contoh, kita takut “apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara”.
Di sini anda perlu berfikiran positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda. Fikirkan orang ramai ingin mendengar apa yang anda ingin kongsikan. Pada hakikatnya, ia memang benar- orang disekeliling anda ingin mengetahui lebih dalam mengenai anda!

Tip Malu #3
Yang ini favourite saya.
Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenrnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tak perlu tunjukkan yang anda ni pemalu.Berlakon seperti Rosyam Nor ke, seperti Erra ke, yang anda bukan seorang yang pemalu. Anda akan mendapati dalam sedang berlakon itu, perasaan malu akan hilang tiba-tiba!

Cuba ketiga-tiga tip di atas dan anda juga lambat laun akan menjadi muka tak malu ;)

ps: Sifat pemalu sememangnya ada baiknya. Cuma jangan jadikan sifat pemalu itu menghentikan kejayaan anda!


Link from www.irfankhairi.com

Tuesday, March 2, 2010

Dalam Gembira Terselit Kekecewaan ~


Hari ni, gembira aku bertambah-tambah bila dapat surat tawaran dari
TATiUC untuk sambung belajar kat sana..Semalam aku gembira kerana dapat kerja..
Hari ni aku gembira sbb dapat sambung study.heheheee..
Tapi ni hanya kursus untuk peningkatan kemahiran para graduan saja..
Bukan sambung "DEGREE" yer..Insya-Allah, harap satu
hari nanti, aku akan dapat surat tawaran untuk buat "DEGREE" plak.. (^_^)


Kalau dulu aku amik it, tapi skang aku nak tambahkan
skill aku lam bidang multimedia dan senireka grafik plak..Tak rugi kalau kita ada banyak kemahiran. Jika lam bidang it kita takde rezeki, maybe lam bidang grafik ni kita akan
ada pluang..InsyaAllah..Rezeki ada di mana-mana..

Sebelum dapat berita gembira ni belah petang tadi, aku ada dapat panggilan dari
salah sebuah kedai gambar yang agak femos kt sini. Dorang bertanyakan pasal resume
yang aku hantar kat tempat dorang.
Dorang ngah cari pekerja sebagai pembantu kedai. Niat aku masa
apply keje kat situ sbb nak tambahkan pengalaman dalam bidang fotografi dan grafik.
Harap2laa dapat belajar dari dorang kan? Tapi dorang hanya perlukan
orang yang betul2 mahir dalam bidang grafik jer sbb nak kena edit2 gambar kawin..
Memandangkan aku hanya ada basic jer lam photoshop, dorang semacam mengabaikan
permohonan aku tu. Dorang katalaa takpelaa lau ada apa-apa nanti kitorang
panggil untuk interview..Kecewa jugak bila dengar dorang cakap gitu..Bukan nak
suh try dlu..Cam 3 bulan tempoh percubaan ke an??

Tapi takpelaaa..Semua tu berbaloi..Hehehee..Tak dapat keje kat kedai gambar,
dapat sambung blaja lam bidang grafik pun da kira ok..Baru aku teringat satu mutiara kata ni yang mengatakan "Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknyaa" (^_^)
Skang, sume tu da terbukti hari ni..

Walaupun dalam gembira menerima tawaran tu, tapi hati aku skang dihambat
perasaan sedih..Aku lapor diri kat TATiUC 14 Mac ni..Kena plak
sama tarikh ngan pernikahan abg sulung aku..Pernikahan tu berlangsung
kat Penang..Jika aku pergi, bermakna aku kena minta tangguhkan dulu kursus tu
2 atau 3 hari untuk lapor diri kat sana..
Kalau tak tangguh, mungkin aku tak dapat nak hadiri ke majlis abg sulung aku tuuu..
Sedihnya tak dapat berhimpun dalam 1 majlis sbegitu.. (T_T)
"Dalam Gembira Terselit Kekecewaan..."

Sunday, February 28, 2010

Kerja Oh Kerja!!



Syukur alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku memperoleh pekerjaan
untuk sementara waktu ni..

Wednesday, February 17, 2010

Seringkali Diuji ~


Kali ni, aku diuji dan diasak lagi oleh-Nya.
Entah yang ke berapa kali aku pun tak tahu.
Hidup ni tak sudah-sudah dilanda masalah. Kadang-kadang jiwa ini lemah.
Mengeluh bila diuji.

Aku tak sekuat seperti yang disangka.
Diluar, mungkin aku nampak "happy", tapi didalam??
Tiada siapa yang tahu. Aku merana ke? Aku menangis ke?
Hanya aku sorang je yang tahu..


Friday, January 29, 2010

Cinta Bersulam Noda ~


Cinta Bersulam Noda
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Di malam sepi kusujud menghadap-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Oh Tuhan Yang Esa

Kucemari hidup dengan kesesatan
Membutakan hati yang sering terleka
Terasa jauh diriku dari Tuhan
Dengan godaan syaitan

Kutahu Dialah penerima taubat
Walaupun kusering tinggalkan suruhan
Berilah kesempatan ini untuk berubah

Cintaku dambakan hanya pada-Mu oh Tuhan
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina
Kusering berjanji namun sering kumungkiri
Janji yang tak pernah lagi kutepati

Kupasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan
Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Kumohon jauhkan diriku dari azab-Mu

Lagu : Azida (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Azida (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)

Thursday, January 28, 2010

Pengalaman Menghadiri Temuduga di Rohm Wako ~




Ok kali ni saya cuma nak story sikit pasal pengalaman saya semasa menghadiri temuduga
di kilang Rohm Wako Electronics (M) Sdn. Bhd beberapa bulan yang lalu. Ketika itu saya baru saja berhenti kerja sebagai cashier di MYDIN, Kota Bharu dengan gaji yang boleh dikatakan lumayan juga. Tetapi saya terpaksa melepaskan pekerjaan tersebut di atas sebab-sebab tertentu.

Tidak lama lepas tu, saya dipanggil untuk ditemuduga. Seingat saya laa temuduga tu jatuh pada hari Jumaat. Kebetulan kawan saya pun dapat panggilan temuduga tu. Jadi kitorang pergi sama-sama. Kami datang seawal yang mungkin iaitu sebelum pukul 8 pagi. Tapi bila bertanya di pondok pengawal keselamatan, diorang suh kitorang datang pukul 8.30 pagi. Terpaksalaa kitorang tunggu dalam kereta selama setengah jam. Cuaca pada hari tu sebenarnya tidak mengizinkan kerana hujan turun agak lebat. Bila agak reda sikit, kitorang bergegas ke pondok pengawal keselamatan tu sekali lagi. Barula kitorang dibenarkan masuk. Lepas kitorang tulis nama dan ic dalam buku pelawat dan tinggalkan ic di pondok pengawal, kami diberikan pass visitor. So, barulaa leh masuk..huhuhu..

Kitorang disuruh menunggu di dewan makan Rohm Wako. Rasanya pada hari tersebut hanya 4 orang sahaja yang dipanggil untuk ditemuduga. Saya dan kawan dan 2 orang perempuan lagi. Kami menunggu dengan sabar di dalam dewan makan tu dengan perasaan seram sejuk bercampur kagum dengan suasana dewan makan tersebut. Di dinding-dinding dewan makan banyak tertampal poster-poster yang pada fikiran saya mungkin Rohm Wako banyak melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan staff-staffnya untuk mengambil bahagian. Memang baguslaa Rohm Wako ni. Lama jugak kami terpaksa menunggu. Lepas setengah jam, kami di datangi seorang staff Rohm Wako memberitahu bahawa kami terpaksa menjalani ujian matematik. Tu semua untuk melihat sejauh mana kemahiran kami dalam matematik. Kecut perut aku mendengarnya. Maklumlaa da lama sangat da tinggal Math ni. Otak pun da berkarat. Hehehe. Selama setengah jam jugak laa kami menjawab soalan matematik tu. Dan kami terpaksa mengambil setengah jam lagi untuk ditemuduga.

Giliran aku di nombor 3. Sempat jugaklaa aku menenangkan diri. Tiba giliran aku, aku perlahan-lahan mengetuk pintu bilik penemuduga.


Saya : Assalamualaikum.

Penemuduga : Wa'alaikumussalam. Apa khabar saudari (sambil meneliti nama saya di kertas soalan matematik tadi) Anis hari ini?

Saya : Alhamdulillah sihat, Encik. Terima kasih. (saya masih berdiri di hadapan beliau)

Penemuduga : Silakan duduk.

Saya : Terima kasih.. (gabraaa...)

Lelaki tersebut meneliti resume saya dan borang memohon jawatan yang telah diisi sebelum ini.

Penemuduga : Awak datang untuk memohon jawatan apa kat Rohm Wako ni?

Saya : Sebenarnya kat sini ada kekosongan di jawatan apa, Encik? Sebab saya diberitahu sebelum memohon jawatan kosong di sini, ada seorang pengawal keselamatan di sini ada memberitahu jika nak memohon jawatan lain seperti kerani ke kena sertakan resume. Senang jika ada kekosongan terus akan diisi. (haaa..saya yang tanya dia balik..kihkihkih)

Lelaki tu melihat2 resume saya lagi.

Penemuduga : Sebenarnya hari ni temuduga hanya untuk jawatan sebagai operator pengeluaran sahaja. Errmm..Kalau jawatan kerani pun.. (dia melihat lagi resume saya) BI awak lemah kan?

Saya : Ya saya. Memang saya kurang sikit BI ni. (terror betul kan saya jawab. Gerenti fail..huhuhu) Saya tak kisah mana-mana jawatan pun, Encik.

Penemuduga : Ok. Cuba awak ceritakan serba sedikit mengenai diri awak?

Saya : Baik. Nama saya bla bla bla..Berumur bla bla...Sebelum ini saya pernah bekerja di MYDIN Mohamed Kota Bharu sebagai cashier. Namun saya berhenti di atas sebab-sebab tertentu.

Penemuduga : Ooo..Jika di tengok dari resume awak ni, awak merupakan lepasan Diploma kan? Saya rasa baik awak sambung belajar dulu.

Saya : Memang niat saya ingin sambung belajar. Tetapi kerana ayah saya sakit, saya terpaksa melupakan hasrat tu buat seketika. Jadi saya membuat keputusan untuk bekerja sahaja. Jika diberi kesempatan nak juga saya sambung belajar sehingga peringkat Ijazah. Memandangkan sekarang pengalaman tu penting, saya ingin mencari pengalaman sebanyak yang boleh. Belajar tinggi-tinggi pun, kalau pengalaman takde susah nak kerja juga, Encik.

Penemuduga : Kat sini saya tak nak orang bekerja hanya nak cari pengalaman.

Saya terkedu dengan kenyataan beliau tapi masih boleh bertenang.

Penemuduga : Saya nak orang yang bekerja kat sini yang betul-betul nak kerja. Yang betul-betul miskin. Awak boleh ke kerja selama 12 jam? Mula-mula kami bagi dalam RM300 lebih. Lepas 3 bulan barula gaji tu naik sikit2. Kalau diberi peluang untuk bekerja disini, agak-agak awak selama mana awak nak bekerja disini?

Saya : Pada saya selama yang boleh laa..Setahun ke..Dua tahun ke.. (aku da malas da nak teruskan temuduga ni.. (T_T)) Nak cari pengalaman.

Penemuduga : Sekali lagi saya nak ingatkan kat sini kalau nak cari pengalaman memang kami tak ambil. Kami mahukan yang betul-betul nak kerja dan miskin.

Saya : (aku senyap jelaa..da letih bercakap dengan penemuduga tu)

Hahahaha..Bengang je rasa. Tapi takpelaa..Tu semua pengalaman. Tanpa pengalaman ditemuduga kita tak akan tahu di mana kelemahan kita. Melalui temuduga ni laa kita boleh perbaiki lagi gaya persembahan kita bila berhadapan dengan situasi temuduga. Jika dipanggil temuduga kerajaan saya sarankan anda semua tak boleh jawab sepertimana yang saya jawab tu. Gerenti anda akan direject awal-awal. (^_^)

**Catatan ni sekadar ingin berkongsi pengalaman saya dengan mereka yang mahu ditemuduga di Rohm Wako. Jika ada salah silap dalam catatan saya ini, saya memohon maaf atas keterlanjuran kata.

Wednesday, January 27, 2010

Renungan ~


KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta."
- Surah Al-Ankabut Ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dab boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah Ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah Ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran Ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran Ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang kusyuk."
- Surah Al-Baqarah Ayat 45


Sindrom Carpal Tunnel ~




SINDROM Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit. Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi sempit. Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan. Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan. Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.


Antara simptom-simptom yang biasanya terjadi adalah :-

a) Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

b) Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunkan tangan dengan kuat.

c) Rasa lemah - pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.


**Aku juga pernah mengalami gejala Sindrom Carpal Tunnel ni di bahagian tangan sebelah kanan setahun yang lepas. Sakit tu jadi lebih teruk bila bangun tidur, memang rasa kebas sangat-sangat laa. Lepas tu, masa aku kat kolej pernah sekali beg laptop yang aku pegang tetiba leh jatuh. Waaa masa tu aku tension giler2. Nak tulis nota yang lecturer aku bagi pun da takde daya dibuatnyer. Masa nak drive pun aku terpaksa guna satu tangan pegang stereng. Cewah! Satu tangan tu..Ekekeke..

**P/S : Jangan guna laptop lame2. Nanti tangan leh jadi krem. (^_~)



Tuesday, January 26, 2010

Kenangan yang teramat indah ~


Hari ni aku malas nak post yang berat-berat.
Kenapa tajuk posting kali ni cam best jerk!! (^_^)
"KENANGAN YANG TERAMAT INDAH"
Huhuhu..

Ok la senang cerita, "Kenangan yang teramat indah" yang ingin
aku kongsi dengan korang kat luar sana ialah
masa zaman-zaman sekolah rendah dulu.
Haaa..Indah kan?

Ni bukan gambar aku..Aku punya da hilang da.. (T_T)

Experience tu bagi aku memang indah sangat.
Gambar kat atas tu aku jumpa lam groups friendster aku.
Kelakar plak aku tengok. Macam-macam gaya ada.
Korang masih ada simpan lagi tak pic mase dulu-dulu?
Aku punya da banyak yang hilang. Bila umo makin bertambah ni
rasa rindu plak nak tengok pic masa tu.
Kenangan sume tu..
Rasa cam nak kembali ke zaman dulu jerk!

Skang ni sume da besor-besor. Punyer kehidupan sendirik.
Maybe da ramai yang ada family sendiri. Huuhuhu.
Tapi aku belom agi. Tengah merancang-rancang jugak la ni.
Hope akan ada reunion pas ni. Dapat la nengok sape yang
lebih ke depan.. Kihkihkih



Monday, January 25, 2010

Ziarah dan Insaf ~


Pada 26 Jan 2010, aku sempat menziarahi salah seorang
kawan baik ku di Telipot, Kota Bharu baru-baru ni.
Takziah diucapkan buat Siti Nur Ruzanna Zahari sekeluarga, di atas kembalinya
bapa saudaranya yang disayangi ke rahmatullah malam Isnin lalu.
Semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang yang
beriman dan semua amalannya diterima Allah SWT..
Ameen..

Ini bukan pengalamanku yang pertama menziarahi kematian.
Sudah banyak kali jugak la aku pergi. Dan semuanya membuatkan
aku berasa insaf serta merta. Aku tak nafikan rata-rata di
kalangan kita hanya berasa insaf apabila melihat perkara-perkara
sebegitu. Tapi esok tetap kembali kepada kehidupan asal yang sering bergelumang
dengan dosa dan maksiat.

Begitu juga aku. Aku pun tak lari dari melakukan salah dan silap.
Aku da tak nak kumpul dosa. Makin lama makin berat catatan di sebelah kiri aku.
Aku tak nak terima buku amalan aku di tangan kiri. Aku tak nak
dilabelkan sebagai salah seorang penghuni neraka jahanam.
Aku tak nak ditengking dan diseksa oleh Malaikat Munkar dan Nakir.
Aku tak nak berjalan di titian sirat dengan bermacam2 rupa.
Aku nak berjalan seperti kilat yang menyambar.
Tapi mampukah aku??!!

"Hanya aku saja yang mempu mengubahnya.."

BERITA BAIK untuk GRADUAN!!

TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATiUC)
akan menjalankan "Industrial Skills Enhancement Programme"
program khas untuk meningkatkan kemahiran graduan.
Kemasukan untuk kursus-kursus di atas adalah pada Mac 2010.

Antara kursus yang ditawarkan :-
1) ROBOTIC & AUTOMATION
(6 bulan - 3 bulan pengajian & 3 bulan praktikal)
2) INDUSTRIAL MOTOR CONTROL
(8 bulan - 4 bulan pengajian & 4 bulan praktikal)
3) INDUSTRIAL MACHINING PRACTICE
(7 bulan - 4 bulan pengajian & 3 bulan praktikal)
4) MULTIMEDIA & GRAPHIC DESIGN
(4 bulan - 2 bulan pengajian & 2 bulan praktikal)

Kelebihan Mengikuti Program ini :-
- pelatih akan didedahkan dengan kemahiran menggunakan peralatan makmal elektronik,
bengkel dan komputer beserta pengalaman bekerja di industri. Kursus akan dijalankan secara hands-on iaitu 80% praktikal dan 20% teori.
- elaun RM1000 sebulan
- yuran latihan percuma
- penginapan disediakan

Syarat Kemasukan
- warganegara malaysia lepasan Diploma atau Ijazah yang bekerja atau diberhentikan kerja.
- lepasan yang berkelulusan dalam bidang Sains, Kejuruteraan, Teknologi dan IT amat
digalakkan untuk memohon.
- siswazah yang telah tamat belajar tetapi masih belum menerima sijil layak memohon.

**Borang permohonan boleh diperolehi di www.tatiuc.edu.my
Boleh juga hubungi En. Mohd Najib (013-9638819) atau
En. Muhammad Zahari (019-9650409)

Sunday, January 24, 2010

Mutiara Kata ~


Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu
samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu..
(Aku pernah menyakitimu maa..Maafkan anakmu ini..)

Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak,
tetapi 10 orang anak belum tentu dapat memelihara seorang ibu..
(Akan aku buktikan bahawa anakmu ini akan menjaga dirimu
seperti mana dirimu menjaga dan membesarkan diriku..)
Insya-Allah ~





Takziah ~



Takziah aku ucapkan buat kawan baik ku,
atas pemergian bapa saudaranya yang disayangi
pada 24 Januari 2010. Aku doakan semoga rohnya ditempatkan
bersama-sama orang yang beriman.
Al-Fatihah..